Permohonan ePemula e-Tunai RM150 Melalui eWallet Dibuka Bermula 11 April 2022 Untuk Para Belia

Buat Duit Online
Spread the love

 

Download PERCUMA: Rahsia Budak Kilang Jana RM200K Dari Rumah Senang!

          

       

Download PERCUMA: Bagaimana Cikgu Buat RM108,000 Tanpa Modal!

Menurut kenyataan media yang dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia hari ini, pihak mereka menyatakan di bawah Belanjawan 2022, Kerajaan telah memperuntukkan RM300 juta bagi e-tunai bernilai RM150 di bawah program ePemula untuk belia 18 sehingga 20 tahun dan pelajar sepenuh masa di institut pengajian tinggi tempatan yang layak. Sukacita dimaklumkan bahawa mulai 11 April 2022, golongan ini boleh mula mendaftar untuk menerima RM150 dalam bentuk kredit e-tunai dengan salah satu daripada empat (4) penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet.

Program ePemula ini juga akan dilancarkan secara rasmi oleh YAB Dato’ Sri Ismail Sabri bin Yaakob, Perdana Menteri Malaysia pada 15 April 2022. Selain dari RM150 dalam bentuk kredit e-tunai daripada Kerajaan, penyedia perkhidmatan e-tunai iaitu BigPay, GrabPay, ShopeePay dan Touch ‘n Go eWallet juga akan memberi insentif tambahan dalam bentuk cashback, baucar, mata terkumpul atau coins sepanjang tempoh program ini.

Program ePemula ini terbuka kepada warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 ke 20 tahun pada tahun 2022 (lahir pada tahun 2002 hingga 2004 atau merupakan pelajar sepenuh masa di peringkat diploma atau SKM4 dan ke atas di IPT tempatan yang berdaftar. Data belia akan disemak silang dengan IPT tempatan yang berdaftar dan pangkalan data Kerajaan yang berkenaan.

Tempoh pendaftaran dan tuntutan ePemula ini akan bermula pada 11 April 2022 sehingga 1 Jun 2022, manakala kredit ePemula serta manfaat padanan dari penyedia perkhidmatan e-tunai tersebut boleh dibelanjakan sehingga 10 Jun 2022.

Jangan lupa subscribe YouTube Channel Ali Gajet!

#epemula150 #etunai150 #kreditetunai

Download PERCUMA: 10 Cara Jana RM300 Sehari Dari Rumah Cara Cepat!

14 thoughts on “Permohonan ePemula e-Tunai RM150 Melalui eWallet Dibuka Bermula 11 April 2022 Untuk Para Belia

Leave a Reply